Sunday, May 30, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PKBP

Hari ini kita sambut birthday murid PKBP

Tuesday, February 17, 2009

AJK yang bertungkus lumus untuk menjayakan Program Pengesanan SK Batu Melintang


Dari kiri: Shiful, Rosilaza, Ezimiah, Yushafizee dan Sukri

Jom kita bergambar...posing kasi cun sikit..

Post menarik untuk dipaparkan sepanjang program pengesanan dijalankan




Sekitar Hari Program Pengesanan di SK Bt Melintang

Doktor yang dijemput dari Klinik Kesihatan Jeli sedang menjalankan pemeriksaan ke atas salah seorang murid pemulihan dari sekolah berdekatan.



Pihak JKM sedang mengadakan sesi temuramah dengan OKU sambil diperhatikan oleh pegawai dari JPN yang turut sama hadir untuk melancarkan program pengesanan ini.


Posted by Picasa

Wednesday, February 4, 2009

Impak minimum

Hasil daripada Program Pengesanan yang telah dijalankan baru- baru ini, kami telah mendapat pertambahan murid seramai 5 orang. Target sebenar kami ialah untuk menambah murid seramai 10 orang. Tetapi malangnya angka tersebut tidak dapat dicapai dan jauh berbeza dengan anggaran yang dibuat.

Saturday, January 17, 2009

Program Pengesanan Murid Pemulihan Khas

Kami di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang akan mengadakan satu Program Pengesanan Pemulihan Khas yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Program ini akan diadakan pada 22 Januari 2009, hari Khamis, bermula pada pukul 8.30 pagi dan dijangka selesai pada pukul 12.30 tengahari. Pada hari tersebut pihak kami menjemput Pakar Perubatan kanak-kanak untuk menjalankan pemeriksaan ke atas murid yang dikenalpasti mengalami masalah. Pihak kami juga turut menjemput Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untu menyenangkan proses membuat kad OKU. Kehadiran pihak JPN juga amat dialu- alukan untuk menunjukkan komitmen dan keprihatinan tuan- tuan dan puan- puan.
Kami berharap dengan adanya program sebegini, kami dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Wednesday, November 12, 2008

Pengenalan Pendidikan Khas SKBM

Kelas Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang pada 1 Mac 2007. Kini Kelas PKBP telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran 3 orang guru termasuk seorang guru GSTT Pendidikan Khas.

Nur Ezimiah bt Mohd Fauzi (Penyelaras)
Rosilaza bt Abd Rahim
Yushafizee b Yusoff (GDL)

Kelas kami juga turut dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang datang bertugas di sini pada awal Julai 2008,iaitu, Shiful@ Noor Hidayah Bt Ismail. Kemudian, seorang lagi PPM yang baru dihantar untuk membantu kami iaitu En. Shukri pada akhir tahun 2008.

Jumlah murid yang berdaftar pula seramai 14 orang. 10 lelaki dan 2 perempuan.

Murid- murid kami dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut tahap keupayaan murid.

Kelas PK1 terdiri daripada 7 orang murid iaitu:

L=Muhammad Iqbal b. Mat Jam (Disleksia)
L=Muhammad Shafiq Ikmal b. Lah (Disleksia)
L=Muhammad Yassim b. Abd Rahman (Disleksia)
L=Muhammad zulsaahril b. Rosdi (Slow Learner)
L=Muhammad Asri b. Hashim (Slow Learner)
L=Muhammad Azwan Aiman b. Ahmad Daud (Disleksia)
L=Harun b. Mohamad Raffi (Disleksia)

Kelas PK2 pula terdiri daripada 7 orang murid iaitu:

L=Che Muhammad Naimmullah b. Che Sakri (Terencat Akal)
L=Mohamad Zikrie b. Rahim (Sindrom Down)
L=Hamzalah b. Abd Rahman (Sindrom Down)
L=Nik Ammar Syahmi b. Zulkifli (Disleksia)
L=Muhammed Rushaidy Azizi b. Rosilasham (Slow Learner)
P=Siti Khadijah bt Zakaria (Autisme)
P=Siti Zakiyyah bt Zulkifli (Sindrom Down)


KLASIFIKASI MURID MENGIKUT KATEGORI KECACATAN:

Autisme = 1
Disleksia = 6
Sindrom Down = 3
Slow Learner = 3
Terencat Akal = 1