Saturday, January 17, 2009

Program Pengesanan Murid Pemulihan Khas

Kami di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang akan mengadakan satu Program Pengesanan Pemulihan Khas yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Program ini akan diadakan pada 22 Januari 2009, hari Khamis, bermula pada pukul 8.30 pagi dan dijangka selesai pada pukul 12.30 tengahari. Pada hari tersebut pihak kami menjemput Pakar Perubatan kanak-kanak untuk menjalankan pemeriksaan ke atas murid yang dikenalpasti mengalami masalah. Pihak kami juga turut menjemput Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untu menyenangkan proses membuat kad OKU. Kehadiran pihak JPN juga amat dialu- alukan untuk menunjukkan komitmen dan keprihatinan tuan- tuan dan puan- puan.
Kami berharap dengan adanya program sebegini, kami dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

No comments: